JAS CAWANGAN BAYAN LEPAS TERUS KOMITED MENJALANKAN RONDAAN, PEMANTAUAN, PENCEGAHAN ALAM SEKITAR DAN PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUTI HUJUNG MINGGU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan

Pada 23 April 2022, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah dijalankan di kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Kampung Jawa dan IKS Fortune Park, mendapati tiada pencemaran alam sekitar dan pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis.

Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka di kawasan perumahan dan komersial telah dijalankan di sekitar Jalan Sungai Pinang, Georgetown, Jelutong, Gelugor, Sungai Batu Dan Teluk Kumbar, mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

Orang awam adalah diingatkan kesalahan pembakaran terbuka akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …