FUNGSI BACAAN PENANDA KILOMETER & HEKTOMETER YANG TERDAPAT DI SEPANJANG LEBUH RAYA

Tahukah anda bahawa penanda kilometer dan hektometer yang terdapat di sepanjang lebuh raya penting sebagai panduan arah perjalanan bagi pelanggan Lebuhraya PLUS.

Sekiranya berlaku kecemasan atau kerosakan kenderaan, penanda kilometer dan hektometer memudahkan pelanggan lebuh raya menyalurkan maklumat lokasi kejadian kepada ejen PLUSLine yang bertugas. Ini membolehkan ejen PLUSLine memaklumkan pasukan PLUSRonda dan koordinasi pasukan bantuan kecemasan bagi melancarkan operasi bantuan dan menyelamat.

Untuk mendapatkan bantuan, hubungi Plus menerusi Aplikasi PLUS, PUTRI Chatbot, talian PLUSLine 1800-88-0000 atau menerusi telefon kecemasan yang disediakan setiap 2km di lebuh raya.

PLUS prihatin terhadap keselamatan dan keselesaan semua pelanggan lebuh raya. Plus berharap agar panduan ini dapat membantu anda menikmati perjalanan yang lancar untuk bersama dengan keluarga tersayang.

#SOPDipatuhi
#PLUS_Safety
#PLUS_Comfort
#KitaJagaKita

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Malaysian Institute Of Road Safety Research

Sumber: FB PLUS Malaysia https://www.facebook.com/PLUSMalaysiaBerhad

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (PDRM) NEGERI MELAKA

Ayer Keroh – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka dengan kerjasama Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah mengadakan Program …
Maklumat Lanjut

PEMANGKU SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP KETUA POLIS JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YDH CP M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Ketua …
Maklumat Lanjut

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat …
Maklumat Lanjut