AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENYEDIAKAN BUBUR LAMBUK OLEH AHLI BAKAT 21 RAMD

 

KOTA BHARU – Seramai 25 Ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) telah terlibat dalam aktiviti gotong royong bagi menyediakan juadah bubur lambuk bertempat di Rumah BAKAT 21 RAMD, Kem Kemumin pada 22 April 2022.
Bulan Ramadhan tidak menjadi penghalang bagi Ahli-Ahli BAKAT yang tetap bersemangat dan bertungkus-lumus untuk menyiapkan juadah tersebut. Aktiviti ini juga turut disertai oleh Puan Saleha binti Selamat selaku Pengerusi BAKAT 21 RAMD.
Objektif aktiviti ini dilaksanakan adalah bagi menyediakan juadah bubur lambuk untuk diagihkan kepada Ahli-Ahli BAKAT 21 RAMD dan anggota yang sedang bertugas serta turut dikongsi bersama Pengerusi-Pengerusi BAKAT di Kem Pengkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan. Aktiviti ini juga secara langsung mengeratkan ukhuwah dalam kalangan Ahli BAKAT.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …