COVID-19 : EDARAN PEK MULTIVITAMIN

 

KUALA LUMPUR, 03 Mac – Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MKN WPKL) telah menyampaikan sumbangan pek multivitamin kepada IPD Brickfields. Ianya merupakan antara inisiatif MKN WPKL melalui Program Kesedaran Pencegahan Wabak COVID-19.

Sumbangan pek multivitamin tersebut telah disampaikan kepada YDH ACP Zairulnizam Bin Mohd Zainuddin @ Hilmi, Ketua Polis Daerah Brickfields untuk diagihkan kepada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis yang berkhidmat di bawah pentadbiran IPD Brickfields.

Di samping itu juga, MKN WPKL ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Duopharma Biotech Berhad di atas sumbangan multivitamin tersebut bagi menjayakan program kesedaran ini.

 

Gambar : Ihsan IPD Brickfields

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut