??? ??????? ???? ??????????? : ????? ????? ?? ??????? ?????? ?????? ?.? ??????

WP LABUAN – APM Labuan telah melaksanakan satu(1) Operasi Khidmat Khas Kemanusiaan (OKK) rumah roboh dibahagian dapur dan tandas akibat daripada cuaca hujan lebat dan angin kencang pada malam 21 April 2022 di Simpang Bukit Jamal Kampung Sungai Bedaun W.P Labuan.
Antara operasi yang dilaksanakan APM Labuan adalah membantu mengeluarkan, mengalihkan dan menyelamatkan harta benda mangsa dari kawasan roboh ke tempat yang selamat serta menyerahkan Kit Makanan Permulaan (KMP) kepada Ketua Isi Rumah (KIR).
Kit Makanan Permulaan (KMP) telahpun diserahkan oleh Leftenan (PA) Marinus Mathius, Pegawai Operasi APM Labuan kepada Ketua Isi Rumah (KIR). Alhamdulillah, Dua(2) buah Keluarga yang terlibat rumah roboh kini berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku.
SUMBER: APM WP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut