LARI TINGGAL MERCUN, BUNGA API DALAM PACUAN EMPAT RODA

 

PASIR MAS – Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM9,500 yang ditinggalkan penyeludup dalam sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero di jalan Kampung Repek di sini pada Sabtu.

Semasa melakukan rondaan anggota unit kereta peronda polis (MPV) telah terserempak dengan Pajero berkenaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada jam 9.30 pagi.

Pacuan empat roda itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di simpang tiga Tasek Berangan menghala ke Kampung Repek. Anggota MPV kemudian mengejar dan mengarahkannya kenderaan itu untuk berhenti. Bagaimanapun pemandu Pajero itu telah memecut kenderaannya sejauh 10 kilometer bagi mengelakkan dari dicekup polis.

Pajero itu kemudian telah berhenti secara mengejut di Kampung Repek dan pemandunya melarikan diri. Pemeriksaan lanjut yang dijalankan ke atas kenderaan itu membawa kepada penemuan mercun dan bunga api. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957,.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …