RM7.06 JUTA BARANG SELUDUP DIRAMPAS BATALION 7

 

RANTAU PANJANG – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas pelbagai barangan seludup termasuk kenderaan digunakan untuk kegiatan itu bernilai RM7.06 juta sepanjang tempoh 32 hari penugasan Op Wawasan Kelantan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Sejak mengambil alih tugas kawalan sempadan pada 21 Mac lalu, pihaknya telah merekodkan 137 kes dan rampasan berkait aktiviti penyeludupan.

Sepanjang tempoh penugasan di Op Wawasan Kelantan, PGA berjaya menahan 251 individu yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan.

Sepanjang tempoh itu kes berkait Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi penyumbang tertinggi kepada nilai rampasan iaitu berjumlah RM2.09 juta. Penyumbang kedua nilai tertinggi rampasan berkait dengan polis berjumlah RM1.18 juta diikuti Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (RM1.17 juta), Kastam (RM1.09 juta) serta banyak lagi. Sepanjang tempoh tersebut PGA turut menahan 134 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara seperti Thailand, Myanmar, Kemboja, Indonesia dan Yaman. Selain itu, PGA turut menahan 15 tekong lelaki dan dua wanita yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan PATI.

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …