KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE BAZAR RAMADHAN PERINGGIT, MELAKA

23 APRIL 2022, MELAKA – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke bazar Ramadhan Peringgit, Melaka, semalam. Turut berangkat anakanda Seri Paduka Baginda, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua diiringi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Hajah Asmah binti Abdul Rahman.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan membeli juadah berbuka puasa dan meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung di bazar Ramadan tersebut. Selain itu, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyantuni peniaga-peniaga di bazar Ramadan tersebut.

Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan berangkat ke majlis berbuka puasa dan santapan malam di Masjid Negeri Al Azim, Melaka.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …