KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGKAT TIBA UNTUK MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID SELAT, MELAKA

23 APRIL 2022, MELAKA – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Selat, Melaka semalam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 1.06 tengah hari disambut Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Turut hadir menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka termasuklah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah, Mufti Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.

Kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat diimamkan Ustaz Mohd Fezwan Mohamad dengan khutbah bertajuk ‘Memburu Kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadhan’.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga dijadualkan berkenan mencemar duli mengunjungi bazar Ramadhan Peringgit pada sebelah petang, sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini.

Terdahulu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri berkenan menerima menghadap barisan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui Ketua Menteri Melaka. Kenamaan lain turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Zaidi Johari dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …