JABATAN KESIHATAN LABUAN JALANKAN PEMANTAUAN KE ATAS GERAI HIDUPAN LAUT

WP LABUAN – Penguatkuasa Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan WP Labuan menjalankan pemantauan ke atas gerai menjual ikan/ hidupan laut di sekitar Rancha-Rancha. Pemantauan ini dijalankan secara berkala rentetan kebakaran bahan kimia yang berlaku di kawasan terlibat baru-baru ini.
BKKM komited dalam memastikan makanan yang dijual di kawasan terlibat adalah selamat kepada orang awam. Sebarang aduan sekiranya terdapat pencemaran bahan kimia pada makanan di WP Labuan, sila berhubung terus dengan BKKM di talian 087-425161.
SUMBER: BKKM, JABATAN KESIHATAN WP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …