GOLONGAN ASNAF PULAU PINANG TERIMA SAGU HATI DARIPADA ZPP

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Memelihara Golongan Rentan)

KEPALA BATAS, 22 April 2022 – Zakat Pulau Pinang (ZPP) memperuntukkan sejumlah RM5.7 juta untuk kepada golongan asnaf di negeri ini untuk membantu meringankan bebanan golongan tersebut terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman menjelaskan bahawa peruntukan tersebut merupakan bayaran sagu hati kepada 9,336 asnaf yang terdiri daripada fakir dan miskin yang dikenal pasti oleh kariah masjid di seluruh Pulau Pinang. Majlis Penyerahan Sagu Hati Hari Raya ZPP telah disempurnakan pada 21 April 2022 di Masjid Ibadul Rahman, Taman Sri Serdang, Seberang Perai Utara.

Sumber : HM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …