PROGRAM MEMASAK DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK PERINGKAT IPD KUALA PILAH

   

Kuala Pilah, 21 April 2022 – Bertempat di Perkarangan Balai Polis Tanjung Ipoh telah diadakan Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk Peringkat IPD Kuala Pilah. Objektif program ini adalah dengan berkongsi rezeki dengan pengagihan bubur lambuk kepada Warga IPD Kuala Pilah dan juga kepada penduduk kampung sekitar.

Turut hadir di dalam program ini adalah YDH SUPT Amran Bin Haji Mohd Gani (Ketua Polis Daerah Kuala Pilah), Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Wakil dari Masjid-Masjid, Surau-Surau sekitar pentadbiran Balai Polis Tanjung Ipoh dan Wakil dari Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti serta Wakil dari Pondok Al-Hikmah Darul Ulum Kuala Talang Kuala Pilah.

Diharapkan program ini dapat mengeratkan lagi jalinan perhubungan dalam kalangan warga IPD Kuala Pilah seterusnya dengan masyarakat.

   

Sumber : FB IPD Kuala Pilah

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut

PENYU PORT DICKSON PULANG BERTELUR, ORANG RAMAI JANGAN BUAT KACAU GANGGU

Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok di sini pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar …
Maklumat Lanjut