THAILAND BERI JAMINAN BEKALKAN LEMBU BEBAS PENYAKIT IKUT PROSEDUR JPV

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Thailand menyuarakan kesediaan untuk membekalkan semula lembu ke Malaysia dengan mematuhi semua prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia menjelang Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut umat Islam pada bulan Julai nanti.

Perkembangan ini adalah susulan penarikan balik larangan import lembu dan kerbau dari negara jiran oleh JPV berkuatkuasa serta merta pada 15 Mac lalu. Beberapa penambahbaikan terhadap peraturan dan prosedur import telah diperhalusi di antara semua pihak yang terbabit dalam industri penternakan ini bagi memastikan semua ternakan import bebas daripada penyakit.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Dr. Azhari Sharidan Abu Bakar, semua lembu ternakan dan tenusu import mesti menjalani tempoh kuarantin selama 35 hari di fasiliti kuarantin, manakala 28 hari kuarantin bagi lembu sembelihan.

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …