[BAHAGIAN 2] – BAGAIMANA LIVE STREAMING DILAKUKAN?

Dalam bahagian 2 artikel ini, kita akan menyambung penerangan mengenai langkah-langkah dalam proses live streaming.

 

Untuk membaca bahagian 1 boleh klik SINI.

3. Aplikasi Live Streaming

Pelbagai aplikasi live streaming sama ada berbayar atau percuma yang terdapat di luar sana. Aplikasi inilah yang akan memaparkan video anda secara langsung di internet. Aplikasi percuma yang popular digunakan oleh pengguna termasuk platform Youtube, Facebook live, Twitch, Periscope dan banyak lagi.

Sekiranya pengguna memilih untuk menggunakan aplikasi streaming berbayar, ia menawarkan lebih banyak kawalan ke saluran stream, cara penyampaian dan pemantauan viewer agar iklan anda lebih berkesan. Platform seperti Vimeo, Dacast, Stream Shark menawarkan pelan bulanan yang berlainan kos bergantung kepada jumlah data (GB) yang dimuat naik.

Percuma atau berbayar bergantung kepada keperluan anda. Sesetengah platform seperti YouTube mengharuskan anda menjalani beberapa langkah tambahan dan menunggu selama 24 jam sebelum anda dapat memulakan siaran langsung.

 

4. Capaian Internet

 

Untuk mendapatkan capaian internet yang stabil, ia merupakan cabaran dalam melakukan live streaming. Sehingga kini, didapati bahawa capaian internet yang kukuh dan stabil adalah talian internet yang dikendalikan dengan menggunakan sambungan wayar Ethernet.

Adalah penting bagi kita supaya melakukan pengujian kelajuan (speed test) di lokasi live stream sebelum hari kejadian. Bagi langkah keselamatan, dicadangkan agar kita mempunyai 1.5x stream bitrate tersedia di rangkaian. Sebagai contoh, jika live stream anda mempunyai kadar bi 5 Mbps, pastikan anda mempunyai capaian kelajuan sekurang-kurangnya 7.5 Mbps upload bandwidth tersedia.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …