[BAHAGIAN 1] – BAGAIMANA LIVE STREAMING DILAKUKAN?

Acap kali kita mendengar perkataan Live Streaming di penghujung zaman ini. Secara mudah untuk difahami, Live Streaming ialah proses rakaman dan siaran serentak secara di atas talian dalam masa yang nyata. Artikel ini akan membincangkan peralatan yang terlibat berserta link aplikasi bagi membolehkan live streaming dilakukan.

 

 

 

Apa Yang Diperlukan Untuk Live Streaming?

  • Video dan sumber video
  • Video Encoder
  • Aplikasi Live Streaming
  • Capaian Internet

 

1. Video dan Sumber Video

Bagi membolehkan live streaming, kita perlu menangkap isyarat dari sumber audio dan video. Kebanyakan sumber video hari ini menggunakan soket HDMI. Kamera dan lensa yang bersesuaian untuk tujuan live stream dalam anggaran RM 10,000 dan keatas pada kebiasaannya.

Kita juga memerlukan peranti perantara yang dipanggil kad tangkapan (Capture Card). Fungsi utama Capture Card adalah untuk mengkoordinasi sumber audio dan video yang pelbagai.

 

2. Video Encoder

 

Encoder akan menterjemah sumber audio dan video kepada internet. Encoder terbahagi kepada dua (2) iaitu:

  1. Berasaskan perisian
  2. Berasaskan perkakasan
  • Secara asasnya Software Encoder perlu dipasang di dalam komputer, justeru itu akan menyebabkan penggunakan crv yang tinggi. Terdapat perlbagai Software encoder yang boleh digunakan seperti Stream Labs Obs, vMix, Wirecast dan lain-lain.

 

  • Hardware Encoder adalah peranti khusus yang mengendalikan proses Encoding secara menyeluruh. Sumber-sumber audio dan video disambungkan ke rangkaian internet. Antara Hardware Encoder yang boleh dicuba/dikaji ialah Pearl-2, Teradek Vidiu dan Live U encoder.

Umumnya, hardware encoder adalah lebih dipercayai berbanding software encoder dek kerana ianya dibina khusus untuk tujuan live streaming. Ia juga akan mengurangkan beban komputer peribadi anda untuk memproses encoding ini.

 

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut