LAWATAN KEBAJIKAN PENGERUSI BAKAT 8 KOD

 

BUKIT CINA : Bersempena Hari Nuzul Al-Quran, Pengerusi BAKAT 8 KOD, Puan Asmarina binti Che Mat telah melakukan Lawatan Kebajikan ketiga buah rumah ahli BAKAT iaitu di Labok, Melor dan Bukit Marak pada 19 Apr 22.
Lawatan kebajikan pertama adalah melawat anak kepada ahli BAKAT, Puan Wan Nurfatin Adira binti Wan Abdullah yang mengalami penyakit Down Syndrome. Dalam masa yang sama, anak istimewa ini juga mempunyai sakit kronik iaitu jantung berlubang serta menghidap masalah penglihatan dan pendengaran.
Seterusnya, Pengerusi BAKAT 8 KOD membuat lawatan kedua ke rumah ahli BAKAT, Puan Siti Norashikin binti Othman yang baru sahaja menerima cahaya mata.
Lawatan ketiga yang berakhir di Bukit Marak adalah melawat ahli BAKAT yang mempunyai sakit jantung iaitu Puan Suriya binti Mohd Rami. Ahli BAKAT tersebut juga dijangkakan akan bersalin pada hujung bulan April ini.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …