PEMERIKSAAN COMMANDER’S AUDIT PERINGKAT 2 DIV BAGI FORMASI 8 BGD TAHUN 2022

 

KOTA BHARU : Pemeriksaan Commander’s Audit Peringkat 2 Div bagi Formasi 8 Bgd dan pasukan di bawah naungan telah dilaksanakan pada 12 hingga 15 Apr 22. Tim Pemeriksaan ini terdiri daripada 10 Pegawai Staf dan 16 anggota staf LLP dari MK 2 Div yang diketuai oleh PS 2 Logistik, Lt Kol Harun bin Ramli.
Audit telah dimulakan dengan taklimat oleh Ketua Staf 8 Bgd, Lt Kol Md Zainuddin bin Ramli di Bilik Mesyuarat MK 8 Bgd kepada Tim Pemeriksa dan diteruskan dengan pemeriksaan oleh Tim Pemeriksa terhadap 16 kriteria audit yang perlu dibuktikan. Audit ini merangkumi taklimat, pemeriksaan dokumen dan pemeriksaan secara fizikal. Antara pasukan di bawah naungan yang turut terlibat dengan pemeriksaan fizikal adalah pasukan 5 RRD, 8 SSB dan 8 Komp KPD.
Pemeriksaan ini telah diakhiri dengan sesi ‘Exit Conference’ yang membentangkan penemuan dan cadangan penambahbaikan oleh Tim Pemeriksa kepada MK 8 Bgd dan pasukan di bawah naungan. Terdapat beberapa isu penemuan yang telah dikenalpasti dan akan diambil tindakan susulan bagi memastikan tahap pengurusan formasi ini sentiasa kekal cemerlang.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …