MAJLIS RAMAH MESRA YB MENTERI DAN YBHG. KETUA SETIAUSAHA KPDNHEP BERSAMA WARGA KERJA KPDNHEP LABUAN

WP LABUAN – YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama YBhg. Tuan Azman Mohd Yusof , Ketua Setiausaha KPDNHEP memulakan lawatan kerja pada hari pertama di Labuan dengan membuat pertemuan bersama warga kerja KPDNHEP Labuan. Ini merupakan lawatan pertama YB Menteri dan YBhg. Ketua Setiausaha dalam rangka lawatan kerja ke Labuan selama 2 hari.
Pelbagai input disampaikan oleh YB Menteri dan Tuan KSU kepada warga KPDNHEP Labuan dalam usaha menjadikan kementerian ini sebagai kementerian primer yang menerajui perdagangan dalam negeri dan meningkatkan pendayaupayaan pengguna.
Turut hadir, Datin Roszanina Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna), Tuan Azman Adam, Pengarah Penguat Kuasa dan Pengarah KPDNHEP Labuan, Puan Junaidah binti Arbain.
SUMBER: KPDNHEP

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …