KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA KE SSM CAWANGAN LABUAN

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA KE SSM CAWANGAN LABUAN

LABUAN, 18 April 2022 – YBhg. Tuan Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPDNHEP melakukan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) cawangan Labuan di Financial Park Complex Labuan. Lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau sejak dilantik sebagai Pengerusi SSM.
Tuan Azman Mohd Yusof telah diberikan taklimat oleh Pengurus SSM Cawangan WP Labuan berkaitan operasi SSM di Labuan. SSM Cawangan Labuan beroperasi sejak tahun 2002 dengan kekuatan tujuh orang kakitangan. Sejumlah 10 Setiausaha Syarikat Aktif, 22,663 Perniagaan, 2,220 syarikat dan 73 PLT berdaftar dengan SSM Cawangan Labuan.
SUMBER: KPDNHEP

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …