KERAJAAN PERSEKUTUAN SALUR RM95.5 JUTA MARTABATKAN ISLAM DI KELANTAN

 

KOTA BHARU – Sungguh, Kelantan sebuah negeri yang subur dengan penghayatan Islam dan nilai-nilai akhlak. Sebagai usaha memartabatkan Islam, Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan RM95.54 juta kepada seluruh Murabbi Ummah Negeri Kelantan bagi tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Idris Ahmad, semalam.
Beliau menjunjung kasih Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz yang berkenan meraikan para Murabbi Ummah seterusnya menyempurnakan perasmian Multaqa Murabbi Ummah Negeri Kelantan tahun 2022.
Datuk Idris bersyukur berpeluang bertemu mata dengan para ulama dan asatizah menerusi program yang menjelaskan tentang hal ehwal berkaitan pengurusan, pengimarahan masjid, pendidikan Islam dan isu-isu semasa dalam negara.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut