PROGRAM PELANCARAN PENILAIAN GRAND 1S1T WPKL04 ALAM FLORA

KUALA LUMPUR – Program Pelancaran Penilaian Grand 1S1T (1 SUPERVISOR 1 TRANSFORMATION AREA) WPKL04 bersama YBrs. Puan Norhida Sanusi, Pengurus Cawangan Batu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dijalankan pada 7 April 2022 di Bangunan Belia 4B, Taman Sentul Bahagia.

Aktiviti penambahbaikan dan menceriakan telah dilaksanakan dengan melukis mural kesedaran awam bertemakan ‘Jaga Bumi Kita’ demi kesejahteraan alam sekitar dan orang awam. Di samping itu, pusat tong berbumbung juga telah dibina di tapak tong sampah sedia ada bagi pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan.

Turut hadir bersama adalah Encik Thiyagu, Penolong Pegawai Penguatkuasa SWCorp dan Encik Mohamed Fahmil Kamal, Pengurus Kawasan Perkhidmatan WPKL (Utara) Alam Flora.Penyelia yang terlibat bagi aktiviti transformasi showcase Grand 1S1T di kawasan ini adalah Muhammad Fakhrul, Mahadi Che Mat, Zamri Zakaria dan Logeswaran. Eksekutif Operasi yang terlibat adalah Aizuddin Salleh. Sesi penilaian telah dinilai oleh Encik Fakaruddin Abdul Rashid dibantu oleh Technical Asst. Puan Norfadillah.

Tahniah dan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Semoga inisiatif kerja-kerja ‘Beyond KPI’ ini dapat memastikan kualiti mampan perkhidmatan memenuhi KPI utama perkhidmatan bagi mencapai persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif untuk kesejahteraan dan kepuasan pelanggan.

 

SUMBER: FB ALAM FLORA SDN BHD https://www.facebook.com/alamflorasdnbhd 

Artikel/Berita Terkini

PERISTIWA HARI INI TAMBAK JOHOR

Hari ini 104 tahun yang lalu, batu asas Tambak Johor diletakkan. Tambak Johor, atau turut dipanggil ‘Koswey’ (causeway) adalah sambungan …
Maklumat Lanjut

PENYELUDUPAN TERNAKAN JEJAS KESELAMATAN MAKANAN – SULTAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU: Penyeludupan haiwan ternakan tanpa saringan kesihatan dan sijil pengesahan bebas penyakit akan memberi kesan kepada keselamatan makanan. Sultan …
Maklumat Lanjut

TENTERA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP BAWANG

KUCHING : Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup bawang merah ke Kalimantan Barat menerusi ‘laluan gajah’ di sempadan …
Maklumat Lanjut