SUASANA IFTAR NORMA BAHARU MEWARNAI DATARAN MASJID ABDULLAH FAHIM, SEBERANG PERAI UTARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perkongsian Kemakmuran Yang Adil, Menyeluruh & Berkekalan)

Program Santai Iftar Bebas COVID-19 yang diilhamkan oleh pengurusan Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Seberang Perai Utara ternyata mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Bertam dan masyarakat sekitar. Menurut Imam Utama Masjid Abdullah Fahim, Mohd Lukmanul Hakim Mokhtar, sejumlah RM207,000 diperuntukkan bagi memeriahkan program Ihya Ramadan pada tahun ini.

Pemandangan indah masjid yang terletak di sebelah tasik dan dipagari pepohon menghijau menjadi tarikan utama kepada pengunjung datang bersama keluarga untuk berbuka puasa di situ. Walau bagaimanapun, difahamkan bahawa pihak pengurusan masjid sentiasa memastikan setiap pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Sumber :

Astro Awani

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …