PENGELUARAN KWSP SEBANYAK RM10,000 DIKREDITKAN LEBIH AWAL PADA 18 APRIL – TENGKU ZAFRUL

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Memelihara Golongan Rentan)

Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 akan diawalkan kepada 18 April, 2022 daripada 20 April yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata pengeluaran tersebut akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai Isnin (18 April).

Kerajaan baru-baru ini telah membenarkan ahli KWSP di bawah usia 55 membuat pengeluaran dana persaraan mereka sebanyak RM10,000 buat kali terakhir. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lepas dalam satu sidang media khas berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …