DBKL DAN UCLG ASPAC PERTINGKAT KERJASAMA

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama dengan United Cities and Local Governments Asia Pacific (UCLG ASPAC) mempertingkatkan kerjasama melalui satu majlis menandatangani Letter of Intent (LOI) di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.

DBKL diwakili oleh YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur manakala pihak UCLG ASPAC diwakili oleh YBhg Dr. Bernadia Irawati Tjandradewi, Setiausaha Agung UCLG ASPAC.

Intipati LOI tersebut adalah melibatkan perancangan dan pelaksanaan program pembangunan kapasiti di samping membuka peluang kepada Kuala Lumpur untuk belajar dan berkongsi dengan bandar-bandar lain berkaitan polisi,projek dan amalan terbaik pengurusan bandar.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg Datuk Hj Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL dan Datuk Sr Hj Kamarulzaman bin Mat Salleh, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL.

#KLBandarUntukSemua #klbandarku #KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

©Unit Promosi & Fotografi, DBKL

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …