SINERGI STRATEGIK BERSAMA KOMUNITI BUKIT GEMURUH, TELUK KUMBAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

Pada 17 April 2022 (Ahad), MKN Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Pulau Pinang (JAPEN) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Pulau Pinang telah menjayakan Program Sinergi Strategik di Kawasan Bukit Gemuruh, Teluk Kumbar. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Penghulu, Ketua Kampung dan Majlis Pengurusan Komuniti Setempat Kampung (MPKK) dalam usaha menyemai semangat kesepaduan nasional dalam kalangan komuniti setempat.

Program yang berlangsung seawal jam 10.00 pagi ini, dimulakan dengan gotong-royong penyediaan bubur lambuk yang kemudiannya diedarkan kepada penduduk setempat dan program diakhiri dengan jamuan berbuka puasa. Dalam pada itu, Taklimat Keselamatan juga disampaikan oleh SM Nasarudin bin Ismail, Ketua Balai Polis Teluk Kumbar.

YBrs. Encik Nazrul Fazami bin Mohamad, Pengarah Keselamatan Negeri, turut memberikan ucapan dan juga berkongsi informasi berkenaan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 kepada para hadirin.

Sekalung penghargaan MKN Pulau Pinang kepada semua pihak yang berganding bahu menjayakan program ini dan diharapkan semangat kerjasama dan cintakan perpaduan akan terus utuh dalam kalangan komuniti setempat.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …