PROGRAM MENGUKUHKAN UKHWAH DALAM KALANGAN KOMUNITI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

 

Pada 16 April 2022 jam lebih kurang 5.00 petang, MKN Negeri Pulau Pinang bersama AJK Surau rumah flat Tun Dr. Awang, Bagan Ajam telah bergotong royong memasak bubur lambuk. Seterusnya bubur – bubur lambuk tersebut telah diagihkan kepada masyarakat setempat. Kira-kira 500 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai.
Setelah selesai agihan dilaksanakan, diteruskan pula dengan majlis tahlil dan berbuka puasa. Kerjasama yang ditunjukkan dalam menjayakan sesuatu kerja memperlihatkan betapa perpaduan di kalangan komuniti amat penting terutama bagi menerapkan konsep #KeluargaMalaysia dan menjayakan wawasan Kerajaan.
MKN Pulau Pinang berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan diharapkan ianya akan terus diterapkan kepada generasi seterusnya.

 

Artikel/Berita Terkini

LANGKAH PENCEGAHAN DENGGI

Orang ramai dinasihatkan supaya meningkatkan langkah pencegahan denggi. Lakukan aktiviti gotong-royong bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berkala terutama …
Maklumat Lanjut

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut