MACAU SCAM : PENYAMARAN PEGAWAI LHDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Keselamatan Data Menyeluruh)

Sejak Januari hingga April 2022, sebanyak 1,072 kes penipuan Macau Scam yang melibatkan modus operandi menyamar pihak LHDN telah dibuka kertas siasatan dan melibatkan kerugian berjumlah RM 30,054,973.30.

Oleh yang demikian, masyarakat diingatkan:

  • Jika anda dihubungi oleh mesin operator memaklumkan tentang tunggakan cukai LHDN – itu palsu!

    Tindakan yang perlu anda ambil adalah PUTUSKAN PANGGILAN.

 

  • Jika anda dihubungi oleh nombor yang tidak dikenali dan diberitahu ada tunggakan cukai syarikat yang didaftarkan atas nama anda. – jangan percaya!

    Tindakan yang perlu anda ambil adalah semak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tentang maklumat syarikat tersebut. PUTUSKAN PANGGILAN.

 

  • Jika anda diarahkan untuk pergi ke balai-balai polis tertentu sahaja untuk membuat laporan polis. – jangan cemas!

    Tindakan yang perlu anda ambil adalah beritahu pemanggil bahawa anda akan buat laporan di balai polis berhampiran anda. PUTUSKAN PANGGILAN.

 

  • Jika anda diarahkan memberi butiran bank bagi tujuan siasatan. – jangan beri!

    Tindakan yang perlu anda ambil PUTUSKAN PANGGILAN, jangan layan. Pihak berkuasa tidak akan meminta butiran akaun bank untuk siasatan.

    Hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559 / 1599 untuk pertanyaan lanjut.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …