PROGRAM BUBUR LAMBUK KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA ERAT SILATURRAHIM ANTARA KAUM

     

SEREMBAN,16 April – Bagi mengimarahkan lagi bulan ramadan pada tahun ini, Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) DUN Sikamat dan DUN Temiang serta Ahli Jawatankuasa Surau Seremban Putra telah menganjurkan program bubur lambuk untuk diedarkan pada penduduk setempat.

Pengerusi KKM, Hassan Bin Mohamad berkata program bubur lambuk pada hari ini merupakan simbol keakraban penduduk. “Penyediaan 500 bungkus bubur lambuk pada hari ini adalah salah satu cara untuk bertemu dan bersemuka bersama jiran dan penduduk di sini sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim”, katanya yang ditemui dalam program tersebut.

Tambahnya lagi selain Ahli KKM, edaran bubur lambuk pada hari ini akan turut dihadiri oleh Ketua Bahagian MCA Seremban, Siow Kooi Voon, Pengerusi Makkal Sakti Dun Sikamat, Narayana Poduval Exco MIC Negeri Sembilan Sasi Kumar A/L Kunhappan serta beberapa orang ahli MCA DUN Sikamat.

“Kami ketepikan perbezaan fahaman agama dan perbezaan kaum untuk bersama-sama menyelaesaikan misi edaran bubur lambuk pada hari ini,” tambahnya lagi.

Sumber : FB Malaysia Aktif

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut