MELANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH BOLEH MEMBAWA MAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Melanggar lampu isyarat merah merupakan kesalahan utama atau sering dilakukan oleh penunggang P-Hailing dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa.

Kesalahan melanggar lampu isyarat merah boleh dikenakan denda kompaun sehingga RM 300 di bawah Kaedah 17 dalam Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas (LN 167/1959).

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Β memandang serius kesalahan ini dan operasi lampu isyarat merah akan dijalankan secara berterusan. Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya bagi mengelakkan tindakan diambil dan menjaga keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Artikel/Berita Terkini

CIRCUMSICION PROGRAMME BILATERAL MALAYSIA THAILAND 2024

CIRCUMCISION PROGRAMME 2024 TARIKH: 22 April 2024 MASA: 0930H – 1230H TEMPAT: Loh Jood Sub-District Administrative, Organisation, Waeng, Narathiwat Thailand …
Maklumat Lanjut

PERBELANJAAN ISI RUMAH DIUNJUR MENINGKAT KEPADA RM903.8 BILION

KUALA LUMPUR: BMI, firma penyelidikan di bawah Fitch Solutions menjangkakan perbelanjaan isi rumah Malaysia akan naik lima peratus dari tahun …
Maklumat Lanjut