PEJABAT KESIHATAN DAERAH BARAT DAYA (PKD BD) PANTAU BAZAR RAMADAN PANTAI JEREJAK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BARAT DAYA, 15 APRIL 2022 – Pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya telah menjalankan aktiviti pemeriksaan Bazar Ramadan 1443H di Bazar Ramadan Pantai Jerejak pada 14 April 2022 (Khamis) dengan kekuatan anggota seramai 20 orang. Pemeriksaan semalam meliputi 30 gerai bazar dan 65 orang pengendali makanan.

Selain itu, pensampelan makanan yang dijual di bazar tersebut turut diambil untuk dihantar dan dianalisis di Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang (MKKM PP) di Butterworth.

Sehingga hari ini, PKD BD telah menjalankan pemeriksaan Bazar Ramadan yang beroperasi di daerah Barat Daya yang melibatkan sebanyak 275 gerai bazar. Di samping itu, sebanyak 30 sampel makanan yang dijual di bazar juga telah diambil dan dihantar ke MKKM PP bagi tujuan pemantauan tahap keselamatan makanan yang dijual.

 

Sumber:

Laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKN Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut