KKM PERKENALKAN PROTOKOL BAHARU KONTAK RAPAT BERKUATKUASA 22 APRIL INI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media di Parlimen pada 14 April 2022 menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menetapkan garis panduan baharu mengenai kontak rapat tanpa mengira status vaksinasi bermula 22 April 2022 ini.

Tambah beliau, individu kontak rapat tanpa gejala tidak perlu menjalani tempoh pengawasan dan pemerhatian (HSO) sebagaimana yang ditetapkan KKM pada masa kini tetapi perlu mematuhi beberapa protokol yang akan dimaklumkan nanti.

Sementara itu, individu kontak rapat bergejala pula dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri dan digalakkan menjalani ujian RTK-Ag untuk mengesahkan status kesihatan mereka.

Sumber : Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …