PAIP AIR BERUSIA EMPAT DEKAD DI LABUAN AKAN DIGANTI JUN INI

WP LABUAN – Kerja menggantikan paip air berusia empat dekad dengan jenis besi mulur di Labuan akan bermula pada Jun.

Projek yang dikenali sebagai Projek Menaik Taraf dan Mengganti Sistem Agihan Bekalan Air Sedia Ada, di sepanjang Jalan Mohd Salleh dan Jalan Bebuloh dari persimpangan di Jalan Tun Mustapha ke Terminal Minyak Mentah Shell di Kiamsam adalah sebahagian daripada rancangan untuk menggantikan paip lama terutama yang diperbuat daripada simen asbestos.

Ketua Bahagian Bekalan Air (BBAL) Labuan, Trinil Indah Puspita berkata, kerja-kerja penggantian paip akan meliputi Jalan Mohd Salleh, Jalan Bebuloh ke Kiansam, Jalan Bukit Besar, sepanjang Jalan Bukit Timbalai, dan kawasan tertentu di sepanjang Jalan Sungai Pagar.

“Kami sering mendengar tentang paip bocor dan pecah di Labuan kerana sesetengah paip berusia 40 tahun,” katanya.

Peralihan daripada paip lama ke baharu dijangka siap menjelang 2025.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli semasa sidang Parlimen bulan lepas mengumumkan peruntukan kecemasan berjumlah RM3.32 juta sebagai penyelesaian jangka pendek kepada isu paip air bocor yang kerap melanda pulau itu.

“Dana kecemasan itu akan digunakan untuk membaiki komponen mekanikal, elektrik, kebocoran paip dan kerja berkaitan,” katanya.

Sejak awal tahun ini, lebih daripada 35 notis gangguan air di pelbagai lokasi telah dikeluarkan oleh BBAL, yang menjejaskan beribu-ribu pengguna dan ada yang terjejas selama dua minggu berturut-turut.

Kira-kira 90 peratus bekalan air Labuan adalah melalui saluran paip dasar laut sepanjang 25.7 kilometer dari Sungai Padas.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut