JOM BERHENTI MEROKOK!

Sekiranya anda merupakan perokok, jadikan Ramadan ini sebagai titik permulaan untuk BERHENTI MEROKOK. Bulan Ramadan adalah bulan yang paling sesuai untuk perokok berhenti merokok. Dengan berpuasa dan tidak merokok selama lebih kurang 13 jam akan melatih rangsangan otak pada paras nikotin yang rendah.

Gejala penarikan nikotin seperti pening, batuk, perasaan resah dan gangguan tidur mungkin dialami semasa berhenti merokok. Namun ia akan berkurangan dalam masa 3 hingga 14 hari selepas seseorang bebas daripada merokok.

Oleh itu, terus memohon doa dan kuatkan azam anda. Nafas baru Bermula Ramadan. ANDA PASTI MAMPU.

Sokongan orang di sekeliling juga amat membantu meningkatkan keazaman untuk berhenti merokok.

Anda juga boleh mendapatkan bantuan perkhidmatan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang JomQuit – www.jomquit.com

Sumber: FB Portal Myhealth https://www.facebook.com/myhealthkkm

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …