KEMPEN KESEDARAN HARGAI MAKANAN ELAKKAN PEMBAZIRAN

?????? ????????? ?????? ??????? ??????? ?????????? ??? ?????? ??????? ?????? ???? ?? ????? ??????? ??????? 3, ?????????

KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2022 – SWCorp Wilayah Persekutuan bersama Perbadanan Putrajaya dan Alam Flora Sdn Bhd telah mengadakan program bersama peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan di Presint 3. Program tersebut adalah Kempen Hargai Makanan, Elakkan Pembaziran dan Kempen Plastik Sekali Guna. Puan Ummi Kalthum binti Shuib, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan hadir menyempurnakan program petang ini.

Kempen Hargai Makanan, Elakkan Pembaziran adalah bertujuan mendidik masyarakat supaya tidak membazir makanan yang dibeli dan membeli makanan mengikut keperluan. ???????? kempen telah digantungkan di 113 gerai bazar tersebut.

Bagi Kempen Plastik Sekali Guna pula bertujuan pengurangan penggunaan plastik semasa membeli makanan. Pengunjung Bazar yang hadir juga dihadiahkan beg guna semula. Sisa air tidak dibenar di buang ke longkang. Peniaga perlu menghantar sisa air ke tong hitam khas yg disediakan. Pada sebelah malam, air-air akan disedut dan dihantar ke kolam rawatan air larut resap (Leachate) di tapak pelupusan untuk dirawat menjadi air bersih semula.

Sebanyak 230 kg sehari sisa hampas tebu telah dijana oleh peniaga air tebu di bazar ini. Sisa hampas tebu diasingkan dan dibawa ke mesin Kompos di Presint 18. Sisa hampas tebu ini di proses dan dijadikan baja tanaman. Kempen tersebut telah mendapat liputan media iaitu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Semoga usaha ini menjadikan masyarakat Putrajaya lebih prihatin terhadap isu kelestarian alam sekitar.

 

SUMBER: FB SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN  https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …