PROGRAM INTEGRITI ‘RECHARGED’ AADK ZON TENGAH

PUTRAJAYA, Program Integriti ‘Recharged’ Zon Tengah telah dianjurkan oleh Unit Integriti Agensi Anti Dadah Keebangsaan (AADK) dengan kerjasama AADK Wilayah Persekutuan bertempat di Auditorium Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan memberikan kesedaran berterusan kepada warga AADK berkenaan akauntabiliti, kejujuran dan membudayakan nilai-nilai integriti serta isu berkaitan tatatertib sepanjang menjalankan tugas dan amanah sebagai penjawat awam.

Antara pengisian program ini adalah sesi ceramah bertajuk ‘Menggilap Permata’ yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr Sallina binti Mansor, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Sektor Penginstitusian, Unit Integriti AADK, sesi bual bicara bersama moderator dan panel jemputan iaitu YBrs. Tuan Zulfikri bin Ab Manaf, Pengarah Unit Integriti AADK, YBrs. Tuan Nazir bin Mohamad, Pengarah AADK Negeri Selangor, YBrs.Tuan Hamidon bin Abdullah, KPP Sektor Penguatkuasaan, Unit Integriti AADK dan Puan Shuraiya binti Mohamad Jamili, Ketua Unit Pencegahan, AADK Daerah Gombak.

Program ini telah dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian menggunakan aplikasi zoom melibatkan pegawai dan kakitangan dari AADK Wilayah Persekutuan, AADK Negeri Selangor, AADK Negeri Sembilan, PUSPEN Jelebu, PUSPEN Serendah, PUSPEN Dengkil, PUSPEN Sepang dan PUSPEN Sungai Besi.

#LebihBaikCegah

#DadahTerkawal2025

#TakPerluStimGuys

#kdn_togetherweone

#KitaDemiNegara

Sumber : FB ANTIDADAH KEBANGSAAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA  https://www.facebook.com/aadkwpklp

Artikel/Berita Terkini

CADANGAN PINDAH PASAR BESAR KK KELUAR DARI KAWASAN BANDAR

TINJAU: Hajiji semasa membuat tinjauan ke tapak lokasi yang dicadangkan.  KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bercadang untuk memindahkan Pasar Besar Kota …

SUSUNAN KEUTAMAAN BENDERA

Tahukah anda, susunan bendera mempunyai tatacara dan keutamaannya tersendiri? Mulai 1 Mei 2025, Bendera Malaysia menjadi bendera utama, diikuti bendera …

OPERASI BERSEPADU

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …