MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN DIPERKENAN TERIMA MENGHADAP KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

KUALA LUMPUR– Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah diperkenan terima menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara pada 13 April 2022.

SS Datuk Dr. Luqman telah menyembah maklum perjalanan pengurusan berkaitan hal ehwal Islam khususnya dengan menyentuh peranan dan fungsi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang berteraskan kepada kefatwaan, keilmuan, dakwah dan kemasyarakat. Beliau juga memaklumkan kejayaan dan keberhasilan PMWP yang bergiat akftif dalam mengurus dan menganjurkan program-program dalam pelbagai bidang walaupun negara sedang berhadapan endemik Covid-19.

SS Datuk Mufti menjunjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semoga hubungan erat umarak dan ulamak kekal erat dan mesra serta membawa pelbagai manfaat kepada semua pihak khususnya umat Islam di Malaysia.

Daulat Tuanku.

Sumber: FB Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan https://www.facebook.com/muftiWilayahPersekutuan

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut