KEBENARAN MASUK KE MALAYSIA BAGI PEKERJA ASING PEMEGANG PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PLKS) YANG TELAH TAMAT

Selaras dengan keputusan Kerajaan berkaitan penutupan permohonan MyTravelPass (MTP) untuk kemasukan ke Malaysia, semua majikan yang hendak membawa masuk semula pekerja asing pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang telah tamat hendaklah memohon Re-Entry PLKS mengikut ketetapan berikut:

i. Permohonan Re-Entry PLKS hendaklah dilakukan oleh majikan yang sah.

ii. Re-Entry PLKS boleh dipohon secara atas talian melalui pautan (https://mtp.imi.gov.my/reEntryPLKS/main) dan memuatnaik dokumen sokongan yang diperlukan.

iii. Permohonan Re-Entry PLKS hanya untuk PLKS yang telah tamat mulai 18 Mac 2020 hingga 15 April 2022 dan pekerja asing berada di luar Malaysia sepanjang tempoh tersebut. Pekerja asing yang berada di Malaysia dan tamat PLKS dalam tempoh tersebut adalah TIDAK LAYAK memohon.

iv. Tempoh permohonan adalah sehingga 30 Jun 2022 sahaja.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN PEKERJA ASING
IBU PEJABAT IMIGRESEN
PUTRAJAYA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …