SATU RUMAH, SATU AL-QURAN TERJEMAHAN – EXCO DAKWAH

 

KOTA BHARU – Setiap rumah perlu ada satu al-Quran terjemahan, supaya apabila kita membaca al-Quran, kita dapat mengetahui maksudnya.
Demikian saranan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan YB Dato’ Panglima Perang YB Dato’ Mohd Nassuruddin Daud kepada 500 peserta Program Solat Hajat dan Tadarus Perdana Wanita Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Balai Islam Darulnaim, hari ini.
Menurutnya, Kerajaan Negeri berhasrat supaya masyarakat dapat membudayakan amalan membaca al-Quran sepanjang masa kerana al-Quran menjadi panduan hidup kepada kita di samping merealisasikan pentadbiran Kerajaan Negeri – Merakyat Membangun Bersama Islam.
“Nabi SAW bersabda, mafhumnya: Empat perkara yang diperolehi kepada mereka yang membaca al-Quran ialah ketenangan, rahmat Allah, naungan malaikat dan malaikat sentiasa menyebut nama kita,” katanya.
Terdahulu, majlis dimulai dengan solat hajat berjemaah dan tadarus al-Quran pimpinan Pengetua Maahad Pengajian Islam (MPI) Kota Bharu, Ustazah Hafizah Abdullah.
Seterusnya sesi penerangan teks tadarus al-Quran bagi ayat 90 hingga 94 surah Toha yang disampaikan oleh Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato Bentara Setia (IPTG), Dato’ Dr Johari Mat.

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …