HIGH PROFILE POLICING BAZAR RAMADAN

IPOH – YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak meninjau peniaga dan pengunjung bazar ramadan yang bertempat di Parkir Stadium Indera Mulia, semalam.
Kehadiran beliau telah diiringi oleh YDH ACP Yahaya bin Hassan, Ketua Polis Daerah Ipoh.
Sejurus mendengar taklimat berkaitan prosedur operasi standard perniagaan di bulan ramadan Ketua Polis Perak turut melihat dengan lebih dekat dengan tinjauan di dalam bazar ramadan.
Program High Profile Policing yang diadakan merupakan salah satu platform terbaik untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan polis dengan masyarakat.
Turut hadir, YDH SAC Hj. Noorzainy bin Hj. Mohd Noor, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak, Encik Mohd Sakhri bin Mohd Salleh, Timbalan Ketua Seksyen Operasi KPDNHEP Negeri Perak, Ketua-ketua Jabatan PDRM Perak, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Wakil Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak dan Wakil Majlis Bandaraya Ipoh.
Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak
.

Artikel/Berita Terkini

TANDA DAN GEJALA MPOX

Peka terhadap gejala mpox adalah langkah awal untuk mencegah penularan penyakit ini. Apabila anda tahu gejala mpox; maka anda lebih …
Maklumat Lanjut

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL

Berikut dikongsikan tips penjagaan kesihatan mental yang boleh diamalkan untuk menjamin kesejahteraan pada masa hadapan. Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia …
Maklumat Lanjut

14 DARIPADA 36 TAPAK TAMU DESA DI SABAH SIAP SEPENUHNYA

KOTA KINABALU: 14 daripada 36 Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi Fasa 1 siap sepenuhnya pada bulan lepas. Menteri …
Maklumat Lanjut