PROGRAM ‘WALKABOUT’ PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP COVID 19 – HIGH PROFILE POLICING (HPP).

Gerik, 13 April 2022 – Program ‘Walkabout’ pemantauan pematuhan SOP Covid 19 oleh YDH DSP Mohd Rahimi bin Haji Zainol – Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, bersama ASP Mat Zol bin Ismail – Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Gerik bertempat di Tapak Bazar Ramadhan Pekan Gerik.
Program seumpama adalah bertujuan untuk beramah mesra bersama pengunjung dan peniaga peniaga di bazar ramadhan di samping memberikan nasihat berkaitan langkah langkah pencegahan penularan wabak Covid 19. Selain, mengedarkan pamplet berkaitan curi kenderaan , pecah rumah , ragut , rogol dan buli. Pihak PDRM IPD Gerik juga akan terus melakukan pematuhan SOP di bazar ramadhan dari semasa ke semasa.
Turut hadir pada program petang ini , Pegawai Kanan Polis , Pegawai Rendah Polis , Pegawai KPDNHEP , Pegawai Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Gerik , Pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) Gerik , Pegawai Penguatkuasa Majlis Daerah Gerik (MDG) , Pegawai Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APAM) dan Pihak Media.
Sumber: IPD Gerik

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …