TARIKAN BERBUKA PUASA DI PUNCAK BUKIT MARAS, TERENGGANU.

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS 3 : KESEPADUAN NASIONAL ( Perpaduan Masyarakat)

KUALA NERUS, 13 APRIL 2022 – Bulan Ramadan merupakan bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam dan orang ramai mengambil peluang ini untuk bersama-sama ahli keluarga untuk berbuka puasa. Tarikan terbaru bagi orang ramai yang berminat untuk berbuka puasa di tempat yang menarik, Bukit Maras kini menjadi tumpuan orang ramai untuk berbuka puasa. Berbuka puasa sambil menikmati panorama indah senja daerah Kuala Nerus pada ketinggian 329 meter dari puncak bukit sudah pasti menawarkan keunikannya yang tersendiri.

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk memudahkan orang ramai yang berminat iaitu penganjur turut menyediakan fasiliti solat, tandas dan ruang makan yang selesa. Pakej berbuka puasa ini hanya ditawarkan pada Jumaat dan Sabtu sepanjang bulan Ramadan ini. Melalui tempahan yang dilakukan, mereka tidak perlu mendaki kerana kemudahan kenderaan pacuan empat roda untuk ke puncak bukit akan disediakan.

Seterusnya, kapasiti pelanggan yang ditetapkan hanya 50 orang setiap hari bagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) norma baharu. Dengan mematuhi SOP, ia tidak menghalang orang ramai untuk bertukar juadah dan berbual-bual sesama mereka walau tidak mengenali antara satu sama lain. Ini jelas menunjukkan semangat perpaduan dan kerjasama di antara pengunjung amat tinggi selaras dengan konsep Keluarga Malaysia

Sumber : TRDI News

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …