DEMI KE ARAH KL BERSIH DAN INDAH

KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2022 – Dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang bersih dan Indah pelbagai usaha telah dijalankan dan salah satunya adalah dengan mengadakan program plogging di sekitar Kuala Lumpur.

Pada hari ini, walaupun didalam bulan Ramadan ianya tidak menjadi penghalang untuk YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama-sama dengan kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar dan Jabatan Perancangan Korporat DBKL untuk mengadakan aktiviti plogging di sekitar Jalan Bukit Tunku.

Hasil daripada aktiviti ini mendapati kebanyakan sampah yang terdapat di kawasan tersebut adalah bekas makanan, minuman dan pelitup muka yang sengaja dibuang di pinggir jalan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan perkara ini amatlah dikesali. Hasil daripada tindakan yang tidak bermoral ini sedikit sebanyak akan menjadi punca kepada masalah yang lain seperti longkang tersumbat.

DBKL menyeru kepada warga kota yang melakukan riadah di kawasan tersebut agar sentiasa menjaga kebersihan demi memastikan Kuala Lumpur kekal bersih dan Indah.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …