PERTANDINGAN BOLING RAKAN STRATEGIK MKN MELAKA ERATKAN HUBUNGAN

Ayer Keroh, 21 Jan – Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka telah menganjurkan Pertandingan Boling Rakan Strategik bagi Tahun 2020 bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Ayer Keroh.

Pertandingan ini melibatkan rakan strategik Negeri Melaka antaranya Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Penerangan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Program yang diadakan secara tahunan ini dilaksanakan dalam bentuk sembang santai disamping berkongsi pendapat dan maklumat mengenai tugas dan peranan agensi masing-masing dalam melaksanakan tugas harian. Program ini turut mendapat respon yang positif dari agensi yang terlibat dan program seumpama ini perlu dilaksanakan dengan lebih kerap dan strategik dalam merapatkan hubungan di antara agensi yang berkaitan.

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …