PEMANDU LORI DITAHAN DISYAKI MENJUAL MERCUN KALI KEDUA.

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

KEUTUHAN EKONOMI ( Ancaman Penyeludupan)

KESELAMATAN RAKYAT ( Keselamatan Dalam Negeri)

DUNGUN, 13 APRIL 2022 – Pihak Polis Daerah Dungun telah berjaya menahan seorang pemandu lori yang menjual mercun di sekitar daerah ini pada pagi semalam. Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di rumahnya di Ketengah Jaya bersama bekalan mercun pelbagai jenis pada pukul 7.10 pagi. Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, rampasan mercun pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 tersebut merupakan yang pertama di Terengganu pada bulan Ramadan ini.

Antara jenis mercun yang dirampas adalah seperti mercun bola, happy boom,happy festival, magic shot, thunder clap dan cake 168 shot. Supt. Baharuddin berkata, siasatan awal percaya suspek memperoleh bekalan mercun itu dari negara jiran yang dibawa masuk ke sini melalui jalan darat. Tambah beliau, lelaki tersebut dipercayai menjual sendiri mercun terbabit untuk pasaran daerah ini. Pihak polis percaya ia merupakan cubaan kedua suspek memasarkan mercun terbabit selepas mendapat keuntungan hasil jualan yang pertama yang dianggarkan keuntungan sehingga empat kali ganda hasil daripada jualan mercun itu.

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut