TYT PULAU PINANG RASMI MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KE ARAH SEKOLAH BERTAMADUN EKOLOGI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

PULAU PINANG, 13 APR 2022 – Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Union, Pulau Pinang telah menganjurkan Pelancaran Program ke Arah Sekolah Bertamadun Ekologi pada 12 April 2022. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak.

Majlis dimulakan dengan persembahan wushu bagi menyambut kedatangan TYT Tun, diikuti dengan ucapan aluan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Ong Kim Huat, Pengerusi Lembaga SJK (C) Union dan pengisytiharan Hari Pergerakan Hijau Sedunia oleh Wakil Persatuan Tamadun Ekologi Malaysia. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian.

TYT Tun kemudiannya menandatangani plak sebagai tanda pelancaran program dan seterusnya menyampaikan biasiswa serta bantuan kepada para penerima. Selepas melancarkan ‘Smart Board’ di Tadika SJK (C) Union, TYT Tun diiring ke acara pemotongan riben bersama Pengerusi Lembaga dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri untuk pelancaran Laluan Ecological Civilisation & Heartfelt Garden.

Majlis diakhiri dengan lawatan ke sekitar sekolah dan Galeri Sejarah Sekolah dimana TYT Tun diberi penjelasan mengenai sejarah dan latar belakang sekolah tersebut.

Sumber : Laman FB TYT Penang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …