LEBIH 160,000 KANAK-KANAK TELAH LENGKAP VAKSINASI COVID-19

Seramai 164,375 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 4.6 peratus daripada populasi berkenaan di negara ini telah lengkap menerima vaksinasi COVID-19 di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,368,326 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.5 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,862,105 individu atau 92 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 2,963,947 atau 95.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa pula, seramai 15,933,049 individu atau 67.7 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,957,974 atau 97.6 peratus telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,235,033 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 46,823 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 32,183 sebagai dos kedua, 10,180 sebagai dos penggalak dan 4,460 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,272,251.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 19 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Malaysia semalam, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu empat kes, diikuti Johor, Kedah, Pahang, Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur dengan masing-masing dua kes. .
Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing merekodkan satu kes.
SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut