POLIS TERENGGANU SITA HARTA 2 PENJENAYAH BERNILAI RM4.3 JUTA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025.

NILAI TERAS : KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

KUALA TERENGGANU, 12 APRIL 2022 – Pihak PDRM telah menyita aset yang dianggarkan bernilai RM4.3 juta  yang dipercayai hasil daripada sumber kegiatan haram yang dimiliki oleh milik dua penjenayah yang maut ditembak Selasa lalu, dikenali sebagai ‘Nuar Taman’ berusia 29 tahun berasal dari daerah Kuala Terengganu, dan ‘Pendi Buaya’ berumur 25 tahun dari Marang.

Penyitaan ini dilakukan susulan dari sisatan kes dua lelaki yang maut ditembak polis di Kampung Wakaf Beruas berhampiran Kampung Simpang Tok Ku, di sini, Selasa lalu, yang merupakan suspek utama satu kes pembunuhan dan disyaki anggota sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di negeri ini serta Selangor sejak 10 tahun lalu,

Aset yang disita adalah enam lot tanah dengan nilai keseluruhan RM3.67 juta membabitkan tiga di Kuala Nerus serta masing-masing satu di Kemaman, Dungun dan Marang. Selain itu juga, 10 chalet yang dibina di atas tanah seluas 9,105 meter persegi dengan nilai harga dianggarkan RM900,000 turut disita.

Pihak polis akan terus mempergiatkan operasi sebegini dalam membanteras jenayah pengedaran dadah serta ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam. Sebagai Keluarga Malaysia, orang ramai juga dinasihatkan agar dapat berkerjasama membantu pihak polis dalam mencegah jenayah serta menyalurkan maklumat.

 

 

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …