AWAS! MASYARAKAT DIMINTA WASPADA TAKTIK PENIPUAN MACAU SCAM

KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah mengesan wujudnya taktik terbaru penipuan yang menghantar gambar didakwa sebagai “waran tangkap” dengan tujuan untuk menakutkan penerima mesej tersebut. Mangsa kebiasaannya akan menerima panggilan dari nombor tidak dikenali yang seterusnya mendakwa mereka adalah pegawai polis, mahkamah dan seumpamanya. Taktik ini merupakan sebahagian daripada modus operandi yang digunakan oleh sindiket macau scam bagi memperdayakan dan menipu mangsa. Adalah dimaklumkan, bagi menyempurnakan waran tangkap, pihak polis tidak akan menghantar gambar dokumen tersebut kepada individu yang terlibat. Waran tersebut hanya akan ditunjukkan secara fizikal kepada individu yang ditahan semasa tangkapan dilakukan. Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada dakwaan pihak tidak dikenali yang mengaitkan anda dengan mana-mana kes jenayah. Sebagai langkah pencegahan, orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan adalah dinasihatkan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelak dari menjadi mangsa penipuan. Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

SUMBER: JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL PDRM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …