KPDNHEP LABUAN-MCMC WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH KERJASAMA MELALUI OPERASI BERSEPADU BANTERAS PENJUALAN KELENGKAPAN KOMUNIKASI TIDAK STANDARD

WP LABUAN – MCMC Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Pengarah Negerinya YBrs. Tuan Alyas Roy Haji Amir telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah KPDNHEP Labuan, Puan Junaidah Binti Arbain dan pegawai kanan KPDNHEP Labuan pada Isnin.
Pertemuan ini sebahagian daripada usaha MCMC Pejabat Wilayah Persekutuan untuk menjalinkan kerjasama strategik antara Kementerian-Kementerian dan agensi kerajaan di Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Melalui pertemuan selama sejam itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mewujudkan kerjasama strategik melalui operasi bersepadu bagi menangani jenayah melibatkan penjualan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui contohnya penjualan Android Box yang menawarkan penstriman haram, penjualan telefon bimbit dan peralatan telekomunikasi tiruan dan tidak mematuhi standard.
Rakyat diperingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak membeli kelengkapan komunikasi yang tidak memiliki label perakuan MCMC atau yang tidak diperakui kerana ia dikategorikan sebagai peranti tidak standard.
Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia memperuntukkan bahawa penggunaan, pemilikan atau pembekalan tidak dibenarkan, kelengkapan atau peranti tidak standard boleh dijatuhkan hukuman didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh 2 tahun atau kedua-duanya.
SUMBER: KPDNHEP WP LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut