LAWATAN KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA KE KAWASAN BENCANA BANJIR 2021

SHAH ALAM – Kejadian banjir yang berskala besar melanda negeri Selangor  berlaku pada 18 Disember 2021 telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk yang terlibat. Banjir ini berlaku akibat keadaan hujan yang turun tanpa henti dan dalam kapasiti yang tinggi. Berdasarkan maklumat  Jabatan Meterologi Malaysia, kuantiti air hujan yang turun pada 18- 20 Disember 2021 adalah bersamaan dengan kuantiti hujan yang turun sepanjang bulan pada keadaan biasa. Susulan itu, beberapa daerah di negeri Selangor seperti Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang telah dinaiki air dan dan beberapa kawasan yang sebelum ini tidak pernah mengalami banjir telah mengalami masalah berkenaan.

Menyedari  pengurusan bencana memerlukan agensi yang terlibat berada di lapangan, pada 22 Disember 2021 YBhg. Datuk Rodzi Md. Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara menerusi gambar rekod telah turun padang ke kawasan banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 untuk melihat sendiri keadaan banjir di kawasan berkenaan diiringi Tuan Mohd Faizal bin Raji, Pegawai Daerah Klang. Dalam lawatan ini, YBhg. Datuk telah diberi taklimat di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) oleh ACP Baharudin bin Mat Taib, Ketua Polis Daerah Shah Alam dan dihadiri wakil agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam dan lain-lain agensi.

YBhg. Datuk KPKN turut melawat beberapa kawasan penempatan banjir seperti Pangsapuri Valencia dan Pangsapuri Damai untuk melihat keadaan penduduk yang terkesan dan menyampaikan sumbangan daripada MKN, JPM.

           

Seterusnya pada 26 Disember 2021 YBhg, Datuk Rodzi Md Saad, Ketua Pengarah Keselamatan  Negara dengan diiringi oleh Tuan Jusni bin Hashim, Pegawai Daerah Kuala Langat telah melawat Taman Bandar Sri Ehsan salah satu daerah yang terkesan dengan bencana banjir. Taman yang yang memiliki penghuni hampir 1000 orang telah terputus hubungan akibat jalan utama yang dinaiki air dan menyukarkan penduduk mendapatkan bekalan makanan dan talian telekomunikasi.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut